Skip to main content

Malaysia

Kedutaan Besar Malaysia di Moscow bantu bawa jenazah Nor Atikah ke Malaysia

61390285672_295x200.jpg
Jenazah Nor Artikah Alias, 25 tahun, pelajar perubatan tahun akhir yang mengalami kecederaan semasa kejadian kebakaran di Hostel Russian National Research Medical University (RNRMU), Moscow akan dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Menerusi satu kenyataan Kementerian Luar hari ini, Keduataan Besar Malaysia di Moscow sedang membantu keluarga Allahyarhamah yang kini berada di Moscow dalam urusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.

Nor Atikah meninggal dunia pada 5 Mei disebabkan komplikasi pernafasan dan lecur di muka, tangan dan kaki.
  
Allahyarhamah merupakan antara 21 pelajar RNRMU terlibat dalam kebakaran itu yang berlaku di asrama pelajar pada pukul 11.30 malam 23 April lalu. 

Must Watch Video