Skip to main content

Malaysia

"Kawalan kami kukuh, tidak perlu pasang periuk api di Selat Hormuz" - Iran

A map showing the Strait of Hormuz and Iran is seen in this illustration taken June 22, 2025. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration
Tehran menegaskan, memegang kawalan di rantau Teluk Parsi dan perairan wilayah Oman, sambil menekankan bahawa ia mengekalkan kuasa penuh ke atas laluan air strategik itu. - Gambar/ Reuters

TEHRAN: Menurut Iran pihaknya mengawal Selat Hormuz "dengan sangat bijak dan berwibawa" dan tidak mempunyai keperluan untuk memasang periuk api di Teluk Parsi, kata jurucakap kanan tentera.

Menurut Agensi Berita Mehr, jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya Iran Brigedier Jeneral Ebrahim Zolfaghar berkata Tehran memegang kawalan di rantau Teluk Parsi dan perairan wilayah Oman, sambil menekankan bahawa ia mengekalkan kuasa penuh ke atas laluan air strategik itu.

“Sehubungan itu, disebabkan oleh penguasaan dan kuasa yang mencukupi, tidak akan ada keperluan untuk meletakkan periuk api di Teluk Parsi, dan kami akan menggunakan sebarang cara yang perlu untuk memastikan keselamatan.

“Angkatan bersenjata, dengan mengekalkan penguasaan ke atas musuh Amerika-Zionis, dengan kerjasama negara serantau, mampu menjamin keselamatan di Teluk Parsi, dan negara luar wilayah tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video