KAJANG: Kehilangan kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayat mangsa ditemukan hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor, Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat dipercayai kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemui kira-kira jarak 11 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Mayat dikenal pasti sebagai Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, berdasarkan pengecaman oleh ibu bapa mangsa.
"Mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) yang menaiki bot menyusuri Sungai Langat.
"Ibu dan bapa mangsa telah hadir untuk membuat pengecaman di lokasi," katanya hari ini. - Sinar Harian
BERITA LANJUT MENYUSUL