Skip to main content

Malaysia

Kamalanathan harap kemelut MIC dapat selesai segera

81404817714_295x200.jpg
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC,  P. Kamalanathan berharap campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dapat menamatkan segera kemelut MIC.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan 2 berkata, usaha Najib dan Muhyiddin untuk mencari formula terbaik bagi menyelesaikan kemelut MIC amat dialu-alukan.

Menurut Kamalanathan, beliau tidak mahu membuat komen lanjut berhubung kemelut MIC kerana yakin campurtangan Najib dan Muhyiddin dapat segera menyelesaikan kemelut parti itu.


Must Watch Video