Skip to main content

Malaysia

Ka Siong ucap 'Selamat Hari Lahir ke-70' kepada Najib

41690100422_TBharilahir.jpg
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini mengambil peluang mengucapkan selamat hari jadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi lama Facebook miliknya.

Najib yang dilahirkan pada 23 Julai 1953, hari ini menyambut hari kelahiran ke-70 tahun.

Ka Siong mendoakan agar Najib sentiasa sihat dan dipanjangkan usia.

"Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan baik.

"Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke-70 Dato’ Sri Najib Razak," katanya. - Sinar Harian

Must Watch Video