Skip to main content

Malaysia

Jumlah mangsa di Johor terus meningkat pagi Isnin

61736648165_banjirjohor.jpg
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat.

Setakat 6 pagi Isnin, sejumlah 4,015 orang mangsa berada di PPS, berbanding 3,939 orang malam tadi.

Murut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 1,126 keluarga itu ditempatkan di 38 PPS di lima daerah yang terjejas.

Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,319 mangsa.

Ini diikuti Johor Bahru 797, Kulai 717, Pontian 649 dan Kluang 533 mangsa.

Dalam pada itu, hanya stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 15.62 meter.






Must Watch Video