Skip to main content

Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Sabah tidak berubah pagi ini

KUCHING, 3 Feb -- KOSONG... Khemah-khemah yang menempatkan mangsa banjir di Sarawak telah mula dikosongkan berikutan keadaan banjir yang semakin pulih, dengan jumlah mangsa menurun kepada 10,068 orang setakat 8.00 pagi ini berbanding 10,104 orang malam tadi.  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan bahawa mangsa kini berlindung di 46 pusat pemindahan sementara (PPS).  Jumlah mangsa di Bahagian Bintulu, yang melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh, menurun kepada 4,901 orang berba
Kesemua mangsa masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara Dewan DUN Banir yang dibuka sejak Rabu lepas. - Foto fail/BERNAMA

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 363 orang daripada 133 keluarga pada pagi ini, berbanding malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa merupakan penduduk yang terjejas banjir di Beaufort.

“Kesemua mangsa masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara Dewan DUN Banir yang dibuka sejak Rabu lepas,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 93 kampung di daerah berkenaan terkesan akibat bencana itu.

Sekretariat itu turut memaklumkan tiada sebarang laporan kemalangan jiwa atau mangsa terkorban diterima setakat ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found