Skip to main content

Malaysia

JSJN KL nafi terlibat arahan pertukaran pegawai, anggota

71607688236_LogoPDRM.jpg
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur menafikan dakwaan terlibat dalam arahan pertukaran anggotanya seperti yang tular menerusi WhatsApp baru-baru ini. 

Ketua JSJN Kuala Lumpur ACP Adnan Azizon berkata penyebaran berkenaan adalah tidak tepat dan JSJN terkesan satu WhatsApp yang menyebarkan maklumat tidak tepat berkenaan jabatan itu.

"Antara kandungannya berhubung ketidakpuasan hati terhadap Ketua JSJN dan Timbalan Ketua JSJN yang dikatakan telah mengatur pertukaran anggota JSJN Polis Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Adnan berkata sebarang pertukaran mahupun rayuan pegawai dan anggota di JSJN Kuala Lumpur sebaliknya mengikut saluran yang betul sebagaimana arahan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia. 

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar dan tidak bertanggungjawab sebegini," katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video