Skip to main content

Malaysia

JPJ perlu terus perkukuh perkhidmatan, pastikan sistem pengangkutan lancar - PM Anwar

Selamat ulangtahun ke-80 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. -- FB Anwar Ibrahim
Anwar berkata dalam keadaan jalan raya yang semakin rumit, tanggungjawab itu menuntut ketegasan, pertanggungjawaban dan kecekapan berterusan oleh agensi tersebut. -Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk terus memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi itu terpelihara. 

Dalam hantarannya di Facebook bersempena ulang tahun ke-80 JPJ hari ini, Anwar berkata dalam keadaan jalan raya yang semakin rumit, tanggungjawab itu menuntut ketegasan, pertanggungjawaban dan kecekapan berterusan oleh agensi tersebut.

“Selamat ulang tahun ke-80 kepada JPJ. Selama lapan dekad, JPJ telah memainkan peranan penting dalam memastikan sistem pengangkutan negara berjalan teratur dan selamat, selari dengan keperluan rakyat dan perkembangan semasa,” katanya. 

Anwar dalam pada itu turut menghargai komitmen seluruh warga JPJ yang terus berkhidmat dengan tangkas dan berintegriti.

“Semoga institusi ini kekal teguh dalam menjalankan amanahnya demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video