Skip to main content

Malaysia

Jika cara lembut tidak berkesan, KKM guna penguatkuasaan tangani ibu bapa degil

41589617066_mydinpasaraya.jpg
Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang mengadakan perbincangan mendalam mengenai langkah penguatkuasaan yang akan diambil kepada ibu bapa yang masih berdegil membawa kanak-kanak ke tempat awam.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata buat masa ini, kaedah nasihat masih dilaksanakan.

"Sekarang ini kita akan berbincang bagaimana kita dapat kuatkuasakan (undang-undang) iaitu ambil tindakan terhadap ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk ke hospital tanpa temujanji.

"Sekarang kita guna kaedah nasihat iaitu 'soft approach', jika tidak berjaya kita guna kaedah penguatkuasaan," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.

Setakat ini usul tersebut telah dibawa dan dibincangkan di peringkat mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BACA: PKPB: Kerajaan pertimbang hukuman kepada ibu bapa degil

Must Watch Video