Skip to main content

Malaysia

JBPM P.Pinang usaha tingkat kesedaran orang awam megenai kebakaran menerusi pelbagai program

41682758617_TBSaadonMoktar.jpg
BATU KAWAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berazam meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kebakaran barangan elektrik menerusi penganjuran kempen-kempen keselamatan dan pencegahan kebakaran.

Pengarah JBPM Pulau Pinang Saadon Moktar berkata pihaknya berkerjasama rapat dengan Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur bagi menyediakan pelbagai bentuk program dan aktiviti kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai risiko kebakaran serta cara-cara untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kebakaran.

Beliau berkata berdasarkan statistik, purata sekitar 60 peratus insiden kebakaran yang dilaporkan adalah berpunca daripada perkakasan elektrik.

"Sentiasalah waspada dengan perkakasan elektrik di kediamanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran-A Day With Bomba 4.0 peringkat JBPM Negeri Pulau Pinang di sini pada Sabtu.

-- BERNAMA




Must Watch Video