Skip to main content

Malaysia

Jangan dengar cakap golongan anti vaksin - Tun Dr Siti Hasmah

81552039812_tunhasmah.jpg
Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Ali mengingatkan rakyat Malaysia, khasnya golongan isteri dan ibu bapa agar tidak mendengar sebarang kempen mengelirukan daripada golongan anti-vaksin.

Beliau berkata, sudah banyak kes yang melibatkan kematian dilaporkan pihak media ekoran kedegilan sesetengah ibu bapa untuk membenarkan anak mereka diberi vaksin khusus untuk penyakit-penyakit tertentu.

“Kini ada anti-vaksin kempen,iaitu satu  golongan, khasnya di Kedah dengan Kelantan dan mana-mana ada satu kumpulan yang mengatakan kanak-kanak, anak-anak kecil yang kita lahirkan itu tidak perlu diberi vaksin untuk mencegah penyakit-penyakit yang pada dahulunya tidak ada lagi dalam negara kita.

“Sekarang sudahpun dibuktikan bahawa difteria telah pun berlaku semula di negeri Johor, dan anak itu telah meninggal dunia,” katanya lagi.

Menurut Dr Siti Hasmah, ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak berusia lebih enam bulan perlu terus mendapatkan rawatan imunisasi, khususnya untuk melindungi mereka daripada penyakit tuberculosis, difteria, polio dan tetanus.

“Tolonglah ingatkan pesanan saya ini sebab kita tak mahulah anak-anak kita yang kita lahirkan selepas cukup bulan itu disia-siakan sahaja.

“Saya harap ini (pesanan) wanita sebagai isteri dan ibu akan ambil perhatian untuk sejahtera kita diri kita sendiri dan keluarga kita juga,” katanya lagi.




Must Watch Video