Skip to main content

Malaysia

Isu teknikal sistem jejas kuota subsidi bahan api pemegang "fleet card" SKDS, SKPS - KPDN

KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini sebagai langkah melindungi rakyat ketika pasaran tenaga global yang semakin tidak menentu.  Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan tambahan interim sebanyak RM100 akan diteruskan, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan bagi kategori BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi kekal sebanyak RM300.  "Bantuan akan disalurkan mulai 8 April ini, memanfaatkan kir
KPDN memaklumkan, ia berpunca daripada masalah integrasi antara sistem MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sistem MySubsidi KPDN. - Gambar hiasan/Bernama

PUTRAJAYA: Isu teknikal menyebabkan sebahagian pemegang fleet card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) tidak menerima kuota subsidi bahan api bermula 1 Mei lepas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia berpunca daripada masalah integrasi antara sistem MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sistem MySubsidi KPDN.

Menurut KPDN, isu itu melibatkan sesetengah pemilik kenderaan yang memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), mendaftar kenderaan baharu dan tukar milik kenderaan dalam tempoh 1 hingga 28 April lepas.

"Sehubungan dengan itu, KPDN sedang melaksanakan tindakan pembetulan dan semakan bersama pihak berkaitan bagi memastikan pengemaskinian data serta penjanaan semula kuota dapat dilaksanakan dengan segera," menurut kenyataan itu.

KPDN memaklumkan pemegang fleet card SKDS dan SKPS yang terkesan boleh mengemukakan pemohonan untuk semakan dan pengemaskinian melalui pautan https://forms.gle/hQy1ZQZ2NZoBFJgeA selewat-lewatnya 5 petang, esok. 

 Maklumat yang perlu disertakan termasuk nama syarikat; nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); nombor pendaftaran kenderaan; dan tarikh memperbaharui cukai jalan, pendaftaran kenderaan baharu atau tukar milik.

KPDN menjangkakan kuota bagi pemegang fleet card SKDS dan SKPS terkesan dapat dijana semula dalam tempoh 9 hingga 11 Mei.

-- BERNAMA

Must Watch Video