Skip to main content

Malaysia

Istana Johor kurnia 2,000 bubur lambuk buat rakyat Muar dan Johor Bahru

RAKYAT MUAR DAN JOHOR BAHRU TERIMA BUBUR LAMBUK DARI ISTANA JOHOR
Sebanyak 2,000 paket bubur lambuk dikurniakan Istana Johor kepada rakyat di daerah Muar dan Johor Bahru sempena Ramadan tahun ini. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Sebanyak 2,000 paket bubur lambuk dikurniakan Istana Johor kepada rakyat di daerah Muar dan Johor Bahru sempena Ramadan tahun ini.

Kurniaan berkenaan diserahkan melalui Pejabat Daerah masing-masing pada 25 Feb dan semalam (27 Feb)  sebelum diedarkan kepada golongan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) serta agensi kerajaan.

Serahan bubur lambuk itu disempurnakan oleh Penyelia Istana Johor, PW1 (B) Faizol Abdullah kepada wakil Pejabat Daerah untuk tujuan pengagihan kepada penerima yang dikenal pasti.

"Kurniaan bubur lambuk tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti mengimarahkan Ramadan yang dilaksanakan atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sejak 2020.

"Program berkenaan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat khususnya golongan memerlukan, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan kasih sayang sepanjang bulan Ramadan," kata kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

--BERNAMA

 

 

Must Watch Video