Skip to main content

Teknologi

Google Translate tambah sokongan 110 bahasa baharu termasuk Iban, Minang dan Kantonis

41719548167_GoogleTranslate.jpg
GOOGLE Translate menambah sokongan 110 bahasa baharu menerusi bantuan model bahasa raya (LLM) PaLM 2.

Ini adalah penambahan bahasa paling banyak sejak Translate diperkenalkan pada tahun 2006.

Dengan ini Translate kini boleh menyokong 244 bahasa utama dunia dengan sasaran untuk menyokong 1,000 bahasa di masa hadapan.

Antara bahasa baharu yang disokong ialah Iban, Banjar, Batak, Minang, Kantonis, dan Bahasa Melayu Jawi.

Dilaporkan 110 bahasa yang diperkenalkan ini digunakan oleh 614 juta pengguna dunia.

Google Translate yang lebih berkemampuan kini boleh diakses menerusi laman web dan aplikasi di Android serta iOS. -Amanz

Must Watch Video