Skip to main content

Malaysia

Geng Sekinchan tumpas, 12 lelaki warga tempatan ditahan

61368768610_295x200.jpg
Polis menumpaskan sindiket mencuri kereta  dikenali sebagai Geng Sekinchan dan menemui semula sebanyak 11 buah kenderaan  bernilai RM1.3 juta.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata, polis turut menahan 12 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an sejak 14 Okt hingga semalam di sekitar ibu negara.

Menurutnya Geng Sekinchan ini menjalankan kegiatan mencuri kenderaan dan kemudian menjualnya semula kepada pembeli yang hanya mengetahui ditipu apabila cukai jalan mereka tamat tempoh dan tidak dapat diperbaharui.

Must Watch Video