Skip to main content

Malaysia

Garis Masa 2018: Pendakwaan kes profil tinggi, mana pengakhirannya?

41542266350_rosmah.jpg
JIKA dahulu, banyak kes pendakwaan jenayah dikaitkan dengan istilah hanya dapat ikan bilis, jerung terlepas.

Namun kini, istilah itu mungkin tidak relevan.

Dari sebesar-besar jerung, turut diheret ke muka pengadilan adalah kes-kes ikan bilis libatkan individu berprofil tinggi.

Daripada isteri bekas Perdana Menteri, peguam terkemuka, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, bekas Menteri Persekutuan, bekas Ketua Menteri, bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad, tiada yang terlepas dari pendakwaan.


Pelbagai jenayah terlibat, termasuklah  minta dan terima rasuah, pecah amanah, malah salah guna kuasa dan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Nilai paling kecil jenayah mereka ini adalah RM1 juta dan paling tinggi melibatkan nilai RM218 juta.

Must Watch Video