Skip to main content

Malaysia

FCC diperakui sebagai platform dipercayai pembiayaan konservasi hutan negara

51647874800_TBTENGKUAMIRSHAH.jpg
Tengku Amir Shah bertitah, pengiktirafan itu bukan sekadar usaha pemuliharaan, malah menjadi pemacu utama dalam membentuk cara Malaysia menilai, menjaga dan membiayai warisan semula jadi secara lebih strategik. - Gambar fail

SHAH ALAM: Sijil Konservasi Hutan (FCC) diiktiraf sebagai platform dipercayai di Malaysia bagi program pembiayaan konservasi, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai instrumen nasional untuk melindungi dan melabur dalam khazanah hutan negara.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, pengiktirafan itu bukan sekadar usaha pemuliharaan, malah menjadi pemacu utama dalam membentuk cara Malaysia menilai, menjaga dan membiayai warisan semula jadi secara lebih strategik.

Baginda bertitah, hutan di Selangor bukan penghalang kepada kemajuan, sebaliknya merupakan enjin kehidupan yang mengimbangi iklim, melindungi sumber sungai dan menjadi benteng utama mendepani cuaca ekstrem yang tidak menentu.

"Apabila kita melindungi hutan, kita tidak memperlahankan pembangunan, sebaliknya kita menjamin kestabilan, kekuatan dan kemakmuran bersama yang menjadi asas kepada pembangunan mampan," titah baginda pada majlis pengiktirafan FCC sebagai platform pembiayaan konservasi hutan negara, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ajay Sharma.

Tengku Amir Shah bertitah, Selangor terus komited memajukan laluan konservasi yang berprinsip dengan memperkukuh tadbir urus hutan, memulihkan landskap terjejas serta meletakkan komuniti, khususnya Orang Asli, sebagai teras penjagaan ekosistem.

Baginda turut menzahirkan rasa bangga terhadap pembabitan generasi muda melalui Komuniti Belia Selangor (SYC) yang bertindak sebagai "penjaga gunung" moden dalam memelihara puncak buatan dan kawasan tadahan air.

Dalam pada itu, baginda bertitah pengurusan hutan di negeri itu kini mendapat momentum baharu melalui Malaysia Forest Fund (MFF) yang menyediakan seni bina kewangan untuk menterjemah aspirasi negeri kepada hasil yang disahkan.

"Melalui reka bentuk dwi-mekanisme, MFF menggerakkan pembiayaan karbon melalui Forest Carbon Offset (FCO) dan modal semula jadi menerusi FCC, iaitu instrumen pihak ketiga yang disahkan dengan pelaporan awam telus serta insentif cukai bagi syarikat yang mengambil bahagian," titah baginda.

 

 

Must Watch Video