Skip to main content

Malaysia

Dr Mahathir sahkan Abdul Hamid Bador sebagai KPN baharu

71552622523_AbdulHamid.jpg
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang juga Pengarah Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

Menurut Tun Dr Mahathir, surat pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Ya, saya fikir dialah jadi IGP (Ketua Polis Negara). Saya rasa, Yang di-Pertuan Agong sudah tandatangan  pelantikan itu,” katanya ketika ditanya selepas hadir dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib pada Jumaat ini.

Must Watch Video