Skip to main content

Malaysia

Dr Harith Ahmad dinobatkan Profesor Ulung Negara 2014

41422009940_295x200.jpg
Profesor Dr Harith Ahmad dari Universiti Malaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Profesor Ulung Negara 2014.

Beliau adalah cendekiawan ke-empat yang menerima pengiktirafan terbabit sejak jawatan dan Gred Profesor Ulung diwujudkan pada tahun 2010.

Profesor Harith adalah merupakan pakar dalam bidang Fotonik di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya dan telah berkhidmat di universiti itu sejak 1980.

Di bawah pimpinannya, Pusat Penyelidikan Fotonik di Malaysia iaitu bidang kajian berkaitan teknologi cahaya untuk menghasilkan laser dan gentian optik, menyumbang kepada pengukuhan bidang telekomunikasi dan pembinaan.

Pengiktirafan ini juga membolehkan beliau memperolehi geran penyelidikan bernilai RM300,000.

Beliau juga  melahirkan harapan agar  pihak industri tempatan lebih terbuka dalam menerima inovasi cendekiawan tempatan.

Must Watch Video