Skip to main content

Malaysia

Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'

41622046898_TajuddinAbdulRahma.jpg
SHAH ALAM : Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengucapkan 'terima kasih' kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta-merta.

Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.

β€œSaya sudah dapat surat. Baru terima petang tadi. Dia hantar surat, saya terima.

"Saya ucap Alhamdulillah dan terima kasih kepada menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

BACA: Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, beliau akan membuat satu kenyataan berkenaan penamatan khidmatnya itu.

β€œSaya akan buat kenyataan kemudian. (Penamatan ini) bagi saya tidak mendesak sangat,” katanya.

Artikel asal disiarkan di Sinar Harian


Must Watch Video