Skip to main content

Malaysia

Dewan SMK Putrajaya Presint 14(1) terbakar

PUTRAJAYA - Bahagian belakang pentas dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1) terbakar dalam kejadian jam 6 petang, Khamis.
Bahagian belakang pentas dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1) terbakar dalam kejadian jam 6 petang Khamis. - Foto Sinar Harian

PUTRAJAYA: Bahagian belakang pentas dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1) terbakar dalam kejadian jam 6 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14(1), Penolong Penguasa Bomba, Dianty Hussain berkata, kebakaran tersebut melibatkan kerusi dan meja yang disimpan di bahagian belakang pentas dewan dengan anggaran keluasan kebakaran kira-kira 12x50 kaki persegi.

"Kami menerima panggilan jam 6.10 petang sebelum kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya jam 6.30 petang," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Ujar beliau, kebakaran berkenaan tidak melibat sebarang mangsa kerana sesi persekolahan ketika itu telah tamat.

"Ketika kami sampai, terdapat ibu bapa dan guru membantu mengawal keadaan bagi memastikan murid tidak mendekati kawasan," katanya.

Menurutnya, seramai 12 anggota terlibat dalam operasi berkenaan menggunakan dua aliran hose reel dan dua aliran hose sepanjang 200 kaki dengan sumber air daripada tangki jentera serta pili bomba berhampiran. - Sinar Harian

 

Must Watch Video