Skip to main content

Malaysia

Dasar transformasi pemacu kemajuan menjelang 2020

51357007038_295x200.jpg
Kelancaran dasar transformasi nasional berupaya memandu negara untuk merealisasikan aspirasi menjadi negara maju 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian memberangsangkan negara sejak 2009 bukti keberkesanan perlaksanaan agenda transformasi.

Amanat itu terkandung dalam ucapan Perdana Menteri  sempena tahun baharu 2013.

Dalam ucapannya beliau  menggariskan komitmen kerajaan meneruskan agenda transformasi untuk 2013.

Antaranya pengukuhan perpaduan kebangsaan berdasarkan falsafah satu Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Kedua,  meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pengukuhan sistem jaringan keselamatan sosial serta bantuan.

Ketiga,  meningkatkan kemakmuran negara berasaskan pertumbuhan mapan, serta membina kekuatan rakyat berasaskan keusahawanan, kreativiti dan berani.

Dan keempat, memastikan malaysia tempat terbaik membina kehidupan.

Must Watch Video