Skip to main content

Malaysia

Dana RM30 juta untuk misi sedia program peningkatan kemahiran belia India - Steven Sim

41714693066_StevenSimCheeKeon.jpg
KUALA LUMPUR: Dana latihan berjumlah RM30 juta yang diperuntuk untuk pelaksanaan Kemahiran India Malaysia (MISI) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)-Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) akan digunakan untuk menyediakan program peningkatan kemahiran belia komuniti India di negara ini.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim dalam kenyataan malam tadi berkata inisiatif itu akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.

"Ini selaras dengan aspirasi 3K KESUMA yang bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran, Keberhasilan dan Kebajikan pekerja," katanya.

Sim berkata maklumat lanjut mengenai program latihan di bawah MISI KESUMA-MITRA akan diumum dalam masa terdekat.

-- BERNAMA




Must Watch Video