Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 71 pesakit pulih, 55 kes baharu, dan tiada kematian

81587808405_KetuaPengarahKesih.jpg
71 kes COVID-19 di Malaysia dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Dalam sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 4,484 kes.

Pada masa sama, terdapat 55 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes.

Tujuh kes daripada 55 kes baharu tersebut merupakan kes import menjadikan penularan kes tempatan sebanyak 48 kes. 

Tambahnya, Malaysia tidak mencatatkan sebarang kes kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes kumulatif kematian kekal sebanyak 105 kes, atau 1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Sehingga kini, seramai 28  kes  positif COVID-19 sedang  dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, hanya 13 kes sahaja memerlukan bantuan pernafasan.


Must Watch Video