Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 2,111 kes baharu, tujuh kematian direkod pada Rabu

61662346581_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg
JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara mencatat sedikit peningkatan kepada 2,111 kes pada Rabu berbanding 1,667  kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tujuh kes kematian dicatat semalam.

Satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,327 dengan 24,169 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,101 kes dirawat di hospital dengan 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,493 kes sembuh.



Must Watch Video