Skip to main content

Malaysia

Cecah pungutan RM1.18 juta di hari pertama, BoBoiBoy Movie 2 cipta rekod filem animasi tempatan

61564559498_TBBOBOIBOYPOSTERj.jpg
FILEM animasi bergenre aksi, BoBoiBoy Movie 2 (BBB2) berjaya raih kutipan RM1.18 juta pada hari pertama ia ditayangkan!

Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagram Astro Shaw pada petang Jumaat


BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi terbitan Animonsta dengan kerjasama Astro Shaw dan filem berkenaan berjaya mencipta rekod baharu filem animasi tempatan.

Di media sosial, rata-rata netizen berpendapat bahawa jalan cerita filem animasi itu sangat menarik selain suntingan animasi CGI filem itu yang cantik serta kemas.




Filem itu telah mula ditayangkan pada 8 Ogos dan paling menarik filem ini turut menjadi animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.

Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

Must Watch Video