Skip to main content

Malaysia

Bumbung Masjid Kampung Tebauk runtuh

71380445735_295x200.jpg
Kira-kira 40 peratus bahagian bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu bernilai hampir  RM6 juta  yang siap kira-kira dua tahun lalu runtuh awal pagi tadi.

Penduduk yang tinggal berhampiran masjid berkenaan  mendakwa terdengar  bunyi dentuman kuat kira-kira jam 4 pagi.

Bagaimanapun kejadian runtuhan itu disedari kira-kira jam  5 pagi apabila  bilal, Man Mat  ke masjid berkenaan  untuk azan Subuh.

Menurut Man Mat, 61 tahun, berkata  beliau tidak menyangka berlaku  tragedi negeri itu berlaku di masjid berkenaan.

“Pada pukul lima pagi, saya sampai dekat pintu pagar, saya buka semua sekali, dan naik membuka pintu sebelah sana. Kita tengok siling sudah runtuh,” kata Man Mat.

Bagaimanapun, keadaan tersebut tidak menjejaskan semangat seramai 25 jemaah  yang tetap menunaikan solat Subuh walaupun sebahagian bumbung masjid  itu runtuh.

Pada 20 mei lalu, 12 jemaah masjid yang baru sahaja menyelesaikan solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid di Kampung Binjai kertas, Hulu Terengganu runtuh.

Manakala pada 3 oktober 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

Must Watch Video