ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Mei 2026.
Malaysia bantah keputusan Norway batal lesen eksport sistem misil
Anwar berkata, Malaysia telah memenuhi setiap obligasi di bawah kontrak tersebut sejak 2018 secara teliti, penuh tanggungjawab dan tanpa sebarang pelanggaran.
Kes semikonduktor: Rafizi serah 28 muka surat tambahan bantu siasatan
Rafizi berkata dokumen tambahan itu turut merangkumi laporan media, kenyataan rasmi, rekod berkaitan serta pengumuman dasar melibatkan kerjasama dengan Arm Holdings.
Agong terima menghadap pelakon antarabangsa terkenal Fan Bingbing
Pelakon utama filem Mother Bhumi itu berperanan dalam mempromosikan Malaysia menerusi industri perfileman antarabangsa.
- Pemuda bunuh, bakar kekasih hamil terlepas hukuman gantung
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Muhammad Fakrul Aiman Sajali.
- Panjat sofa dekat tingkap, kanak-kanak 2 tahun terjatuh tingkat 5 flat
Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkap sebuah rumah flat di Bandar Uda Utama pada pagi, Selasa lalu.
- Jho Low perlu dibawa pulang, bukan diberi pengampunan - Fahmi
Ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low, tidak seharusnya menerima sebarang bentuk pengampunan berhubung penglibatannya dalam skandal 1MDB.
- Kerajaan MADANI sedia pembiayaan mikro lebih RM5 bilion untuk peniaga kecil dan usahawan
Kerajaan MADANI menyediakan kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi tahun ini yang dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro di seluruh negara menerusi pinjaman sehingga RM100,000, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
- Kerajaan disaran gantung lesen pemandu mabuk sebabkan kematian seumur hidup
Timbalan Menteri Perpaduan, R. Yuneswaran berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan bagi memastikan tragedi melibatkan kehilangan nyawa akibat pemanduan melulu tidak terus berulang.
- Mohamad Hasan bertemu Abbas Aragchi, tekankan kepentingan dialog berterusan
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Abbas Araghchi, di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Negara Rakan BRICS di New Delhi, India
- PM belum beri bayangan PRU16 tahun ini - Fahmi
Tiada sebarang isyarat daripada Perdana Menteri berhubung kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan dalam masa terdekat, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil.