PENYANYI dan komposer, Aizat Amdan memaklumkan abang sulungnya, Amir Amdan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Aizat menerusi satu hantaran di Instagram Stories (IGS).
“Assalamualaikum, segala duka citanya, abang sulung saya Amir Amdan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir tadi," tulisnya.
Setakat ini, Aizat masih belum berkongsi maklumat lanjut mengenai punca pemergian Allahyarham serta urusan pengebumian.
Dalam pada itu, Aizat turut menitipkan doa buat arwah abangnya.
“Minta sedekahkan arwah Al-Fatihah dan doakan dipermudahkan segalanya. Maklumat lanjut akan diberitahu dalam masa akan datang,” tambahnya.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.com