Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Mei 2026.

1. Tokoh kewangan Islam Daud Bakar, rakan kongsi didakwa pecah amanah RM10.55 juta

Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Mohd Daud Bakar dan rakan kongsi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan wang berjumlah RM10.55 juta milik beberapa individu dan sebuah koperasi, sejak tiga tahun lepas.

2. Pulau Pinang tiada cadangan pinda tempoh had jawatan Ketua Menteri kepada 10 tahun

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak bercadang untuk meminda had tempoh jawatan ketua menteri daripada dua penggal kepada 10 tahun buat masa ini.

3. Kerajaan akan terus tumpu perkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi - Anwar

Kerajaan akan terus memberi tumpuan penuh kepada usaha memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI)  bagi memastikan Malaysia mampu mendepani cabaran kewangan serta ketidaktentuan rantaian ekonomi global susulan konflik di Asia Barat.

4. 13 ahli Dewan Negara termasuk enam lantikan baharu angkat sumpah Senator

Tiga belas Ahli Dewan Negara termasuk enam lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah pada Isnin.

5. Kemalangan pelajar: Garis panduan pengurusan sekolah selamat ditambah baik - Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menambah baik Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat agar selari dengan cabaran semasa dan kekal relevan dalam melindungi murid serta warga sekolah.

6. Pas anjur ‘Himpunan Daulat Tuanku’ Sabtu ini

Pemuda Pas Selangor bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan “Himpunan Daulat Tuanku” pada Sabtu ini sebagai tanda solidariti mempertahankan institusi diraja susulan kontroversi membabitkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

7. Isu PRN Johor tidak dibangkitkan dalam pertemuan bersama Agong, Mesyuarat MT - Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang perbincangan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibangkitkan dalam pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahupun Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti berkenaan pada Isnin.

8. KWSP perkenal I-Legasi, I-Emas serta kalkulator matlamat persaraan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperkenalkan i-Legasi dan Kalkulator Matlamat Persaraan yang menjadi sebahagian daripada usaha untuk memastikan kelangsungan pendapatan persaraan serta jaminan kewangan merentas generasi.

9. Kemalangan pelajar: Garis panduan pengurusan sekolah selamat ditambah baik - Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menambah baik Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat agar selari dengan cabaran semasa dan kekal relevan dalam melindungi murid serta warga sekolah.

10. Dua lagi pemimpin Bersatu dipecat, dua digantung

Empat lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikenakan tindakan disiplin termasuk dua dipecat dan dua digantung keahlian berkuat kuasa serta-merta.

Must Watch Video