Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Mei 2026.
 

1. "Tiada apa hendak disembunyikan" - Rafizi tiba di SPRM sambung beri keterangan hari kedua

Ahli Parlimen Pandan itu tiba pada jam 9.30 pagi dan memaklukan beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan siasatan setakat ini hanya berkaitan dengan prosedur.
 

2. Masalah teknikal: Jemaah haji KT051 akan berlepas ke Jeddah awal pagi Rabu

Penerbangan yang disediakan AMAL by Malaysia Airlines itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Muscat pada 6 Mei, 3 pagi (waktu Oman).
 

3. 514 jemaah tangguh tawaran haji saat akhir, kuota Malaysia kekal penuh

Antara sebab utama termasuk masalah kesihatan, kematian, kemalangan serta situasi tertentu seperti tempoh idah yang menghalang jemaah daripada meneruskan ibadah itu.
 

4. Akauntan berusia 29 tahun dilantik Undang Luak Sungei Ujong baharu

Waris Nan Tua Klana Hulu bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-Waris Klana Hulu memilih dan melantik Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong yang baharu.
 

5. Krisis bekalan global: Kerajaan dahulukan insentif pembajakan RM200 sehektar, bantu 240,000 pesawah

Kerajaan akan mendahulukan bayaran insentif pembajakan padi sebanyak RM200 sehektar kepada 240,000 pesawah berdaftar sebagai sebahagian daripada ikhtiar bantuan khas bagi meringankan beban golongan tersebut.
 

6. UMNO tiada niat jadi pembangkang di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO sebaliknya kekal menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu dan pandangan yang disuarakan segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO hanyalah bersifat peribadi.
 

7. Keluarga Teoh Beng Hock mohon PDRM siasat semula kes kematian

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock memfailkan tindakan undang-undang baharu di Mahkamah Tinggi bagi memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap kematiannya, 17 tahun lepas di bawah kesalahan membunuh.
 

8. KDN teliti penggunaan pistol renjatan elektrik bagi AKPS - Saifuddin Nasution 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti cadangan penggunaan pistol renjatan elektrik kepada anggota Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi memperkukuh tahap keselamatan ketika melaksanakan tugas di pintu masuk negara. 
 

9. Krisis tenaga global: MARA turunkan sewa sehingga 20 peratus, bantu lebih 7,000 peniaga hadapi tekanan ekonomi 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberikan diskaun sewaan sehingga 20 peratus kepada lebih 7,135 lot perniagaan di bawah seliaannya di seluruh negara, sebagai usaha membantu peniaga kecil berdepan tekanan ekonomi semasa.
 

10. MyNIISe: Hanya 4 hingga 5 saat periksa penumpang di KLIA 

Pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) dijangka mempercepatkan proses kemasukan pengembara di pintu masuk utama negara kepada hanya empat hingga lima saat. 

 

Must Watch Video