Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Mei 2026.

Isu kenaikan harga barang jejas peniaga kecil dibawa ke Kabinet Rabu ini - PM Anwar

Isu kenaikan harga barang yang dihadapi peniaga kecil akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini bagi meneliti langkah mengurangkan beban golongan itu.

2. Siasatan SPRM: "Kami akan teruskan proses, tiada apa disembunyikan" – Rafizi Ramli

Rafizi turut memaklumkan, beliau akan memberikan keterangan tanpa kehadiran peguam.

3. Pukul bekas isteri: Hukuman penjara 10 tahun Rosmaini dinaikkan kepada 14 tahun

Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya tertuduh dikenakan hukuman maksimum.

4. Penyusunan semula perbelanjaan tidak jejas pengambilan doktor, jururawat baharu - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa langkah penyusunan semula dan semakan perbelanjaan kerajaan tidak menjejaskan sektor asas seperti kesihatan dan pendidikan, sebaliknya hanya melibatkan pengurangan perbelanjaan berlebihan.

5. Chegubard mohon maaf kepada Nik Nazmi, akui kenyataan fitnah, palsu, tidak berasas

Kes saman fitnah bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap Badrul Hisham Shaharin selesai selepas aktivis itu membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

6. Kes tikam 61 kali: Polis nafi bapa suspek pegawai kanan polis

Polis menafikan bapa salah seorang suspek yang didakwa menyebabkan kematian seorang penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi.

7. Setiausaha Politik Anthony Loke buat laporan polis terhadap Chegubard

Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard kerana membuat hantaran media sosial yang didakwa berunsur fitnah terhadap pemimpin itu berkaitan institusi undang.

8. Pelakon Jalil Hamid meninggal dunia

Pelakon veteran ternama tanah air, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah hari Isnin.

9. Rafizi sambung rakaman keterangan di SPRM esok

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, akan kembali ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi menyambung rakaman keterangan berhubung siasatan kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion.

10. Kemelut DUN: Tukar pemimpin negeri waktu ini tidak sesuai, tunggu PRU - ADUN Gemas

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Ridzuan Ahmad, berpandangan bahawa menukar kepimpinan kerajaan negeri pada waktu ini tidak sesuai dan berpotensi menimbulkan ketidakstabilan.
 

Must Watch Video