Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Mei 2026.

1. 15 anggota tentera cedera trak ATM rempuh Plaza Tol Bukit Teratai

Seramai 15 anggota tentera cedera selepas sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hilang kawalan sebelum melanggar kawasan plaza tol di Plaza Tol Bukit Teratai di Lebuhraya SUKE, pada petang Khamis.

2. Kepada syarikat kaya dan konglomerat, ini mesej PM Anwar buat kalian...

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar mesej tegas kepada syarikat-syarikat besar dan konglomerat di Malaysia supaya tidak meminggirkan kebajikan pekerja di sebalik kepesatan ekonomi dan keuntungan luar biasa yang dicatatkan syarikat.

3. Jabatan Kecemasan HKL seperti 'zon perang' disebabkan kerja naik taraf

Keadaan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digambarkan seperti 'zon perang' dalam media sosial baru-baru ini, adalah disebabkan proses naik taraf yang sedang dilaksanakan.

4. GSF 2.0: ‘Ini kerja gila’ - PM Anwar ulas tindakan Israel culik aktivis

Tindakan pasukan rejim Zionis menyerang flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa pada semalam adalah tidak menghormati prinsip kemanusiaan.

5. GSF2.0: 10 rakyat Malaysia selamat dibebaskan, laporan serangan fizikal ketika tahanan

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini diculik di perairan antarabangsa oleh rejim Zionis pada 30 April lalu sudah dibebaskan di Pelabuhan Lera Petra, Crete.

6. Mayat wanita ditemukan di Ketereh ada 61 kesan tikaman - Polis

Mangsa yang berusia 19 tahun berasal dari Perak dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

7. Cadangan tubuh Majlis Tahfiz Negara dibawa ke Kabinet Rabu depan - Ahmad Zahid

Cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara yang dicapai pada Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 hari ini akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.

8. Piala Thomas: Tembok Besar China terlalu kebal, Malaysia tersingkir di suku akhir

Impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 34 tahun menjulang trofi Piala Thomas pada edisi 2026 terhenti selepas tewas 0-3 kepada juara bertahan pada perlawanan peringkat suku akhir di Forum Horsens di sini hari ini.

9. Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai dalam 1-2 bulan lagi - Tengku Zafrul

Kesan krisis bekalan global terhadap kos sara hidup dijangka mula dirasai rakyat Malaysia dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, kata Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

10. Program hiburan perlu hormati nilai dan sensitiviti agama - Ahmad Zahid

Penganjuran sebarang program termasuk yang berbentuk hiburan, perlu mengambil kira nilai, adab, sensitiviti agama dan norma masyarakat tempatan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



 

Must Watch Video