ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 April 2026.
Bekas pegawai kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai, hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk dirakam keterangan hari ini.
2. ADUN Gombak Setia digantung dua hari
Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang Muhammad Hilman Idham (PN-Gombak Setia) diarah keluar daripada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dan digantung dua hari bermula hari ini, selepas mengingkari arahan Speaker DUN Lau Weng San.
3. Shamsul Iskandar gagal pindahkan pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas setiausaha politik kanan kepada perdana menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah dihadapinya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk penduduk sekitar daerah Kuala Langat menggesa tindakan tegas diambil berhubung penularan suntingan gambar haiwan berpakaian istiadat istana dikaitkan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
5. Kemelut DUN: UMNO-BN gesa Sidang Khas DUN Negeri Sembilan - Jalaluddin
Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan perlu diadakan segera bagi menangani krisis politik yang sedang berlaku di negeri itu.
6. Kemelut DUN: Anwar menghadap Tuanku Muhriz, MB jalan tugas seperti biasa
Menurut Anwar, beliau menghadap baginda malam tadi, bagi membincangkan perkembangan melibatkan institusi Raja dan pentadbiran Kerajaan Negeri.
7. Polis bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHATI, suami
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihak Interpol akan memaklumkan PDRM jika dua suspek itu ditangkap.
8. Harga sayur dan santan meningkat, kerajaan pantau tekanan kos bekalan makanan - Menteri Ekonomi
Kenaikan harga beberapa jenis sayur-sayuran dan santan kelapa segar mula mencetuskan kebimbangan terhadap tekanan kos bekalan makanan domestik, meskipun harga makanan terpilih secara keseluruhan masih berada dalam julat terkawal.
9. Malaysia antara terawal selesai edar Kad Nusuk kepada jemaah haji
Malaysia sekali lagi terpilih sebagai antara negara terawal di dunia yang berjaya menyiapkan pengagihan Kad Nusuk sepenuhnya kepada jemaah haji di dalam negara, sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1447H/2026M.
10. Kes Muhyiddin: Terdapat transaksi besar, kerap berjumlah RM19.5 juta ke akaun Bersatu - Pegawai Bank
Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa terdapat jumlah transaksi yang besar dan kerap berjumlah RM19.5 juta dimasukkan ke dalam akaun parti politik Bersatu antara 2021 hingga penghujung 2022.