Skip to main content

Dunia

Pejabat PBB beri amaran operasi tentera Israel di selatan Syria ancam orang awam

An Israeli tank manoeuvres in Lebanon, near the "Blue Line", a U.N.-mapped line separating Lebanon from Israel and the Israeli-occupied Golan Heights, as seen from the Israeli side of the Lebanon-Israel border in northern Israel, April 13, 2026. REUTERS/Florion Goga
Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran tentang peningkatan risiko terhadap orang awam di selatan Syria susulan operasi ketenteraan Israel. - Gambar fail/AP

GENEVA: Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran tentang peningkatan risiko terhadap orang awam di selatan Syria susulan operasi ketenteraan Israel, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami menerima permintaan perlindungan yang semakin meningkat untuk orang awam di selatan Syria, di mana operasi oleh tentera Israel yang menduduki kawasan ini meletakkan nyawa dalam bahaya," kata jurucakap Thameen Al-Kheetan kepada pemberita di Geneva.

Beliau berkata hak untuk kehidupan berkeluarga dan privasi sedang dikekang manakala mata pencarian, khususnya dalam komuniti pertanian, terjejas teruk.

Al-Kheetan memetik laporan mengenai gangguan dan ugutan, penahanan, soal siasat, penggeledahan rumah dan sekatan pergerakan, termasuk di wilayah Quneitra, di mana tentera Israel dilaporkan telah mendirikan pusat pemeriksaan, menggeledah rumah dan menahan orang awam.

Beliau berkata menurut pihak berkuasa Syria, sekurang-kurangnya 250 orang, termasuk kanak-kanak, telah ditangkap di selatan Syria sejak kejatuhan kerajaan dahulu, dengan 50 masih ditahan, beberapa dilaporkan dipindahkan ke penjara di Golan Syria yang diduduki Israel.

Al-Kheetan juga membangkitkan kebimbangan mengenai rancangan Israel untuk meluaskan penempatan di Golan Syria yang diduduki, termasuk rancangan yang dilaporkan untuk membawa masuk 3,000 keluarga baharu Israel, mengatakan rancangan itu melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk menyeru Israel, menurut jurucakap itu, "untuk menamatkan semua pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa di Syria", serta aktiviti penempatan "juga wajib dihentikan".

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video