ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 April 2026.
KP JUPEM didakwa guna kedudukan untuk rasuah lebih RM130,000
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.
Tertekan lihat kebakaran, pemuda akui terlepas kata terhadap bomba
Seorang pemuda tampil memohon maaf kepada pasukan bomba susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat.
Dua individu direman kes seleweng dana zakat RM230 juta
Seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bersama seorang pengarah syarikat ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 27 April bagi membantu siasatan berhubung kes menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.
- UMNO 80 tahun: Wadah perjuangan tiada henti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan parti itu sebagai sebuah wadah perjuangan yang tiada henti menjelang sambutan ulang tahun ke-80 penubuhannya pada 11 Mei ini.
- Kes seleweng dana tidak melibatkan institusi zakat - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan kes penyelewengan berjumlah kira-kira RM230 juta melibatkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) setakat ini tidak membabitkan sumber daripada mana-mana institusi zakat di negara ini.
- Kerajaan, Petronas tidak jual minyak dan diesel kepada negara lain - PMO
Kerajaan dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak menjual minyak dan diesel kepada negara lain seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
- Kebakaran Sandakan: Rekod terperinci tentukan kewarganegaraan untuk ganti dokumen - PM
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai pangkalan data dan rekod terperinci bagi menentukan status kewarganegaraan individu dalam proses menggantikan dokumen pengenalan diri mangsa kebakaran di Kampung Bahagia di sini.
- Kes harta pusaka taikun Genting: Pemegang amanah tidak tahu nilai Yayasan Dikim lebih RM1 bilion
Peguam yang mendraf dua wasiat pada 2022 bagi harta pusaka mendiang Lim Siew Kim, anak perempuan taikun Kumpulan Genting Tan Sri Lim Goh Tong, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mengetahui nilai Yayasan Dikim, yang dinamakan sebagai benefisiari utama, bernilai lebih RM1 bilion.
- Konflik Asia Barat: RMK13, Belanjawan 2027 perlu diteliti semula - Ahmad Zahid
Malaysia perlu meneliti semula segala perancangan termasuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dan Belanjawan 2027 susulan krisis tenaga global yang berlaku ketika ini.
Johor ambil tindakan tegas, keluar notis henti kerja terhadap pemaju punca banjir
Kerajaan Negeri Johor mengambil tindakan tegas terhadap dua pemaju hartanah di Johor Bahru dan Kulai, susulan kegagalan mereka mematuhi keperluan teknikal serta kawalan saliran, yang dikenal pasti menjadi punca kejadian banjir di kawasan berkenaan.