Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 April 2026.

1. Ketua Pengarah, Timbalan JAS mengaku tidak bersalah terima rasuah

Siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan sejak awal tahun ini susulan beberapa pendedahan berhubung isu pengurusan sisa berkenaan.

2. Pemandu treler terlibat kemalangan maut di Segamat direman empat hari

Perintah reman hingga Isnin terhadap lelaki berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Amalina Johar di Mahkamah Majistret Segamat.

3. Pemandu mabuk: 'Terus kenakan hukuman dahsyat' - Azalina

Peruntukan undang-undang sedia ada masih belum setimpal jika dibandingkan dengan tahap kesalahan yang dilakukan. 

4. Ibu kandung, bapa tiri antara empat sekeluarga didakwa bunuh kanak-kanak lapan tahun

Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sembilan bulan.

5. Hassan Marican dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN - Fahmi

Beliau akan berperanan meneliti tindakan yang perlu diambil setiap hari, selain mengumpulkan maklum balas berkaitan isu Asia Barat.

6. PM Anwar rasmi cawangan pertama kedai runcit MADANI Mart

Kedai runcit MADANI Mart dilaksanakan sebagai inisiatif kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

7. Pemain tidak 100 peratus cergas tidak akan disenarai ke Piala Thomas - Chong Wei

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan isyarat jelas bahawa pemain yang tidak berada pada tahap kecergasan 100 peratus, tidak akan disenaraikan bagi membawa cabaran negara pada saingan Piala Thomas 2026 di Denmark, akhir bulan ini. 

8. Konflik Asia Barat: Rakyat diseru bersatu, perkukuh daya tahan hadapi cabaran - Anwar

Rakyat diseru untuk terus bersatu, memperkukuh daya tahan serta memperbaiki kelemahan dalam menghadapi cabaran semasa susulan konflik di Asia Barat.

9. Masih ramai penjawat awam belum fahami konsep Malaysia MADANI - KSN

Masih ramai penjawat awam belum benar-benar memahami konsep Malaysia MADANI, yang bukan sekadar slogan tetapi satu semangat perlu diamalkan secara menyeluruh, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

10. Calon Ketua Pembangkang belum muktamad - Hadi Awang

Pelantikan Ketua Pembangkang baharu akan diputuskan sebelum sidang Parlimen pada Jun ini, kata Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Must Watch Video