ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 April 2026.
1. Pemandu mabuk dituduh bunuh penunggang motosikal, berdepan hukuman mati
Kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dipinda kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan dari Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
2. SARA bulanan dikreditkan termasuk kepada 200,000 penerima baharu
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan mula dikreditkan pada Rabu kepada semua penerima yang layak, termasuk 200,000 penerima baharu, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3. Diplomasi panggilan telefon PM Anwar berjaya dapatkan akses selamat di Selat Hormuz
Berilah penghargaan yang sewajarnya. Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan diplomasi panggilan telefon sebagai amalan berterusan - serta mengadakan lawatan ke luar negara - kini mula membuahkan hasil yang ketara.
4. Lima teras utama jadi agenda Musyawarah Nasional - Ahmad Zahid
Lima teras utama meliputi agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial menjadi fokus Musyawarah Nasional dalam menghimpunkan pemikiran, pandangan serta cadangan strategi dalam merangka hala tuju strategik masa depan masyarakat Melayu dan negara.
Hasil siasatan terhadap isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan kewujudan 'mafia korporat' dalam suruhanjaya itu akan didedahkan kepada umum apabila tiba masanya.
6. PM jumpa Menteri Besar, Ketua Menteri Khamis teliti ikhtiar tangani krisis tenaga global
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Sarawak pada Khamis berhubung kesan konflik Asia Barat terhadap negara.
Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Pusat Arahan Komunikasi bagi menyampaikan maklumat rasmi berkaitan tindak balas terhadap krisis tenaga global dan situasi konflik Asia Barat.
8. Dakwaan kenaikan tarif elektrik tidak benar - TNB
Dakwaan terdapat kenaikan tarif elektrik bermula April menerusi mesej dan visual palsu tular adalah tidak benar dan berpotensi mengelirukan orang ramai.
Kerajaan akan mempergiatkan usaha menjamin bekalan tenaga negara, yang dilihat agak kritikal, termasuk mengambil langkah mempelbagaikan sumber tenaga import minyak dan gas dari negara lain.
Kerajaan bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) bagi semua kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April 2026.