Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mac 2026.

1. Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 diawalkan mulai 10 Mac ini – PM Anwar

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima akan diawalkan dan mula dikredit secara berperingkat mulai 10 Mac ini dengan melibatkan peruntukan RM1.3 bilion.

2. Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac 2026 - KPM

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.

3. Tarikh lihat anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara.

4. ‘Ada rencana luar asing cemburu, mahu campur tangan urusan politik negara kita’ - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pasukan pertahanan negara sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang ancaman luar.

5. Rumah Bangsa bukan paksaan, sertai dengan kerelaan hati - Mohamad Hasan

Inisiatif Rumah Bangsa oleh UMNO tidak bersifat paksaan sebaliknya bekas ahli yang berhasrat kembali menyertai semula parti itu perlu melakukannya dengan kerelaan hati, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

6. MH370: Ocean Infinity tamatkan pencarian di Lautan Hindi tanpa penemuan baharu

Syarikat penerokaan laut dalam, Ocean Infinity menamatkan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi tanpa menemui sebarang maklumat atau data baharu yang berkaitan dengan pesawat yang hilang itu.

7. CMP 2026-2030 pacu Malaysia hadapi ekonomi global kompleks - PM Anwar

Pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 pada Isnin membuka laluan untuk Malaysia mengharungi situasi ekonomi global yang semakin kompleks, serta menepati jangkaan pelabur yang berubah dengan pantas.

8. Polis rampas dadah lebih RM180 juta di Lembah Klang, mampu 'rosakkan' lebih 17 juta orang
Polis merampas pelbagai jenis dadah, bahan kimia serta peralatan memproses dadah bernilai keseluruhan lebih RM180 juta dalam dua serbuan berasingan di ibu negara dan Selangor, awal bulan ini.

9. PM Anwar bakal umum lebih banyak berita baik untuk rakyat menjelang Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa lagi berita gembira untuk rakyat dalam masa terdekat menjelang sambutan perayaan Aidilfitri.

10. Wujud ejen provokasi cetus ketegangan kaum - Ramanan
Naib Presiden PKR Datuk Seri R. Ramanan hari ini mendedahkan kewujudan individu yang didakwa bertindak sebagai ejen provokasi bagi mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia.


 

Must Watch Video