Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Mei 2026.

1. Runtuhan bangunan Filipina: Dua dikesan masih hidup, rakyat Malaysia antara yang selamat

Antara yang diselamatkan ialah seorang lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun yang menginap di sebuah hotel bajet berhampiran, yang turut rosak akibat runtuhan.

2. Wakil rakyat PKR hadir majlis Rafizi perlu beri penjelasan

Ketua Angkatan Muda (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, mereka perlu tampil memberi penjelasan yang sewajarnya.

3. Kereta mewah Toyota Vellfire pemain kebangsaan disita

Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) MPV itu telah tamat tempoh pada 18 November tahun lalu selain tidak mempunyai perlindungan insurans.

4. 24 maut, 82 cedera dalam letupan sasar kereta api di Barat Daya Pakistan - Laporan

Letupan itu berlaku di landasan kereta api di Quetta yang menyasarkan kereta api yang menuju ke kawasan kantomen bandar berkenaan.

5. Rundingan AS-Iran tunjuk perkembangan positif, Malaysia sokong usaha pelbagai hala - PM Anwar

Perkembangan itu memberi harapan ke arah penyelesaian diplomatik yang mampu memperkukuh keamanan dan keselamatan rantau berkenaan.

6. Tengku Hassanal titah latihan ketenteraan di Pahang perlu dapat perkenan Sultan

Baginda menzahirkan kebimbangan latihan ketenteraan di kawasan pulau negeri itu, menggugat ekosistem alam        sekitar, flora dan fauna.

7. Malaysia Airlines catat penyerahan pesawat Boeing ke-200 dengan ketibaan terbaharu 737-8

Malaysia Airlines menyambut baik ketibaan pesawat Boeing 737-8 yang keempat pada tahun ini, kata Presiden dan         Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Nasaruddin A Bakar.

8. BTS 'gegar' Kuala Lumpur Disember ini

Kumpulan K-pop sensasi dunia, BTS bakal mengadakan konsert jelajah dunia Arirang World Tour di Stadium                      Nasional Bukit Jalil pada Disember depan.

9.Kesal tuduhan Hadi Awang, ini penjelasan Bersatu jawab dakwaan Pas

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan rasa kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Presiden   Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, ketika menyatakan akan mengkaji semula hubungan dalam Perikatan Nasional (PN).

10. Kerajaan cadang tubuh jawatankuasa khas tangani jenayah penipuan dalam talian - Fahmi

Kerajaan bercadang menubuhkan satu jawatankuasa khas bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi bagi         menangani jenayah penipuan dalam talian di Malaysia.

Must Watch Video

Advertisement