KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon tempatan, Bella Astillah dilantik sebagai duta pertama Aptamil™ KID di Malaysia dalam usaha memperkasa kesedaran mengenai keperluan nutrisi khusus kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean (Czer) berusia satu tahun ke atas.
Pelantikan itu selari dengan peningkatan kadar kelahiran Czer di negara ini yang dianggarkan sekitar 26 peratus, sekali gus menuntut kefahaman lebih mendalam dalam kalangan ibu bapa terhadap keperluan sokongan kesihatan usus, imuniti dan perkembangan anak.
Pengarah Pemasaran Danone Malaysia dan Singapura, Yee Pek Kuan berkata, pemilihan Bella sebagai duta mencerminkan pendekatan ibu moden yang lebih kritikal dalam menilai sesuatu maklumat sebelum membuat keputusan berkaitan anak.
Menurutnya, ibu bapa masa kini tidak lagi sekadar menerima dakwaan produk, sebaliknya lebih cenderung untuk memahami bukti saintifik di sebaliknya.
“Bella mencerminkan pemikiran yang kami percaya, iaitu seorang ibu yang tidak sekadar menerima sesuatu dakwaan, tetapi mahu memahami apa yang benar-benar terbukti, tahu bertanya soalan yang tepat dan mencari bukti yang sahih, dan itulah asas kepada Aptamil™ KID yang memberi kejelasan serta keyakinan kepada ibu bapa berasaskan sains,” katanya.
Pengumuman tersebut dibuat sempena acara Aptamil™ KID Synbio+ Science Café di M Resort Hotel, yang mengetengahkan pendekatan berasaskan sains bagi membantu ibu bapa memahami kepentingan pemakanan tepat untuk kanak-kanak Czer.
Beliau berkata, Aptamil™ KID C-SynB merupakan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak berusia satu hingga sembilan tahun yang dilahirkan melalui pembedahan Czer, dengan mengambil kira keperluan berbeza dari segi keseimbangan bakteria usus.
Katanya lagi, produk tersebut bukan sekadar memfokuskan kepada ramuan individu, sebaliknya menitikberatkan gabungan nutrien yang direka untuk berfungsi secara bersama.
“Perbezaan utama Aptamil™ KID C-SynB adalah ketepatan sains yang digunakan, di mana ia direka khusus untuk kanak-kanak Czer berusia satu tahun ke atas dengan sistem Synbio+ yang menggabungkan probiotik dan prebiotik terpilih untuk menyokong keseimbangan usus serta membantu meningkatkan imuniti,” jelasnya.
Dalam masa sama, beliau menambah bahawa peranan syarikat adalah untuk memudahkan kefahaman ibu bapa terhadap sains pemakanan yang sering dianggap kompleks.
“Kami memahami ibu bapa hari ini berdepan lambakan maklumat termasuk daripada AI dan internet, jadi peranan kami adalah mempermudah sains dan memberi fokus kepada perkara yang benar-benar penting supaya mereka dapat membuat pilihan dengan yakin,” katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil menjelaskan kesihatan usus memainkan peranan penting sebagai asas kepada sistem imun kanak-kanak.
Menurutnya, sekitar 70 hingga 80 peratus sel imun terletak di dalam usus, menjadikan keseimbangan bakteria usus faktor utama dalam keupayaan tubuh melawan jangkitan.
Beliau berkata, kajian menunjukkan kanak-kanak kelahiran Czer berkemungkinan mempunyai kekurangan bakteria baik dalam usus walaupun selepas usia 1 tahun, dan ketidakseimbangan itu boleh berlarutan sehingga tiga hingga lima tahun.
Namun, katanya, keadaan itu tidak bermakna kanak-kanak tersebut berada pada tahap kurang baik, sebaliknya memerlukan sokongan nutrisi yang sesuai bagi membantu membina keseimbangan usus yang optimum.
“Kesihatan usus adalah asas kepada imuniti kerana majoriti sel imun berada di situ, dan bakteria dalam usus membantu mengawal bagaimana tubuh bertindak balas terhadap jangkitan, sebab itu sokongan yang tepat amat penting dalam membina imuniti jangka panjang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepentingan gabungan nutrien yang tepat berbanding penggunaan secara berasingan.
“Salah satu tanggapan salah terbesar ialah menganggap probiotik atau prebiotik sahaja mencukupi, sedangkan yang penting ialah bagaimana gabungan yang tepat itu berfungsi bersama untuk menghasilkan kesan sinbiotik yang menyokong keseimbangan usus dengan lebih berkesan,” jelasnya.
Sehubungan itu, inisiatif seperti Science Café dilihat sebagai platform penting dalam mendidik ibu bapa mengenai kepentingan pemakanan berasaskan sains, khususnya dalam memahami keperluan unik kanak-kanak Czer berusia satu tahun ke atas.