Skip to main content

Gaya Hidup

Beli Nissan, dapatkan peluang menangi jam tangan RM19,500

Nissan-Tag-Heuer-main-2.JPG.aspx

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melanjutkan kempen “58 Years and Still Growing Strong” berikutan maklum balas memberangsangkan yang diterima kempen yang bermula pada Ogos lalu.

Kempen yang dilanjutkan sehingga akhir September 2015 itu memberi peluang kepada para pelanggan bertuah untuk membawa pulang tiga lagi unit jam tangan TAG Heuer Carrera “NISMO” Calibre 16 Day-Date Edisi Khas bernilai RM19,500 setiap satu. Mana-mana pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan pada bulan September layak untuk menyertai kempen itu.

Pusingan pertama kempen itu dilancarkan pada 1 Ogos 2015 dan berakhir pada hujung bulan yang sama.

Serentak dengan itu, ETCM akan mengadakan “Karnival Pandu Uji Nissan” untuk pelanggan di Butterworth dan Johor Jaya (12 September 2015 hingga 13 September 2015, 10am - 10pm).

Tambahan lagi, anda boleh membeli Aerokit Nismo untuk Almera atau Aerokit Impul untuk Grand Livina/Sylphy dengan harga hanya RM1.00 (satu ringgit!) khusus pada bulan September ini. Bagi bakal pembeli Teana atau X-Trail 2.5, RM1.00 mendapatkan anda sistem navigasi multimedia dengan skrin bersaiz 8 inci.

Ada juga tambahan nilai bagi pembelian Serena S-Hybrid dan juga pikap Navara. Kunjungi mana-mana siri jelajah Nissan seperti di bawah untuk maklumat lanjut:
  Tarikh   Wilayah   Lokasi
  11 – 13 September   Sarawak   City One, Kuching
  16 – 19 September   Timur   Tesco Kota Bahru, Kota Bahru
  17 – 20 September   Utara   Taiping Mall, Taiping
  18 – 20 September   Sabah   Imago Times Square, Kota Kinabalu
  23 – 27 September   Tengah   Alamanda Putrajaya
  25 – 27 September   Selatan   Plaza Angsana, Johor Bahru
  25 – 27 September   Sarawak   Boulevard Mall, Miri (Outdoor)
  30 September –
4 Oktober
  Tengah   Setia City Mall, Shah Alam

Topic Berkaitan

Must Watch Video