Skip to main content

Malaysia

Bekas banduan dipenjara dua bulan selepas mengaku bersalah aibkan wanita

Astro AWANI
Tertuduh didakwa atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 21 tahun dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. -Gambar Astro AWANI

KLANG: Seorang bekas banduan kembali ke penjara selepas Mahkamah Majistret Klang menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadapnya hari ini, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita, Ahad lalu.

Majistret A. Karthiyayini memerintahkan Muhammad Rakis Abdul Lama, 38, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap Selasa lalu.

Tertuduh didakwa atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 21 tahun dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Teluk Pulai, Klang, kira-kira jam 11 malam pada 12 April lalu.

Kes dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
 

Must Watch Video