Skip to main content

Malaysia

Bekas ADUN Penaga Datuk Azhar Ibrahim meninggal dunia

61571850265_adunpenagaazhari.jpg
Bekas Ketua Pembangkang  Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya  (PPUM) malam Rabu.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun  kira kira jam 8.30 malam.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika dihubungi mengesahkan berita kematian veteran UMNO itu.

Katanya, jenazah akan disolatkan di Masjid Mutiara Damansara pada  jam 10 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sek 9 Kota Damansara.

Allahyarham Azhar  menjadi wakil rakyat di kawasan Penaga selama empat penggal sejak UMNO memenangi kerusi itu pada 1990.

Beliau kemudian dilantik memegang jawatan ketua pembangkang DUN Pulau Pinang selepas Barisan Nasional tewas kepada Pakatan Rakyat semasa  Pilihanraya Umum pada 2008.

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu juga dikenali sebagai seorang yang lantang dan berani dalam menyuarakan pandangannya berhubung isu semasa dan politik baik di peringkat negeri mahupun negara.

Malah bekas guru itu juga pernah digantung daripada menghadiri persidangan DUN Pulau Pinang kerana kelantangannya sewaktu berdebat.

Must Watch Video