Skip to main content

Malaysia

Bayi perempuan baru lahir ditemui di lantai kedai jual ayam

61688184641_GenericBaby.jpg
KEMAMAN: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui di atas lantai kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Air Putih, Chukai, Kemaman pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai pemilik kedai berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Katanya bayi yang dianggarkan seberat 3.2 kilogram itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

"Kita sudah maklumkan kepada semua klinik kesihatan awam dan swasta jika ada menerima pesakit yang baru melahirkan bayi untuk memaklumkan perkara berkenaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.



Must Watch Video