Skip to main content

Malaysia

Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang

41734342219_tbPPSBANJIR.jpg
KUCHING: Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kenyataan memaklumkan penduduk terjejas itu terdiri daripada 21 keluarga daripada Rumah Tembawai Kapok yang dilanda banjir sejak Ahad lepas.

Menurut sekretariat itu, paras air meningkat di 21 lokasi pemantauan di empat daerah iaitu di sungai-sungai di Kanowit, Mukah, Matu dan Sebauh.

-- BERNAMA

Must Watch Video