Skip to main content

Malaysia

BAM sahkan kehadiran pegawai SPRM bagi dapatkan maklumat berkaitan

81733197092_TBBAM.jpg
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke pejabat badan induk itu, di sini, minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.

BAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada pegawai-pegawai SPRM yang telah menjalankan tugas mereka secara profesional.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.

Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam dan Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan. - BERNAMA





Must Watch Video