Skip to main content

Malaysia

Azli Paat selamat dikebumikan

51360210170_295x200.jpg
Usahawan dan pakar bidang teknologi maklumat ICT terkenal, Azli Paat yang meninggal dunia semalam dikebumikan di kampung halamannya di Batu Pahat.

Jenazah  disemadikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Peserai selepas selesai disembahyangkan di Masjid Kampung Perdada Kuning.

Jenazah Azli sebelum itu dibawa pulang dari Hospital Selayang. Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Segambut, Kuala Lumpur.

Allahyarham dilaporkan demam sebelum meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 10 anak.

Jangan lupa saksikan diskusi "Mengenang Azli Paat" dalam program Agenda Awani secara langsung malam ini pukul 10 malam di Astro Awani.

Topic Berkaitan

Must Watch Video