Skip to main content

Malaysia

Anggota tentera AS maut dalam nahas helikopter

81709975847_helicoptercrash.jpg
EL PASO: Seramai tiga orang terbunuh dalam nahas helikopter Pengawal Kebangsaan AS berhampiran sempadan Texas-Mexico pada Jumaat, menurut Pentagon.

Dalam satu kenyataan, Joint Task Force North berkata helikopter UH-72 Lakota yang ditugaskan untuk misi sokongan terhempas kira-kira 2.50 petang waktu tempatan semasa menjalankan operasi penerbangan berhampiran Rio Grande City.

"Dua tentera dan seorang anggota Peronda Sempadan AS terbunuh. Seorang lagi tentera cedera," menurut Joint Task Force North.

Punca kejadian sedang disiasat.

-- BERNAMA

Must Watch Video